Sunday, 29 July 2012

Rawatan Gigi Di Bulan Puasa

 
Tentu ramai yang dah tau tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi? Saya sering ditanya mengenai persoalan ini. Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa jadi eloklah saya memberi info mengenai hal ini.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa :
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur

Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat. Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.
Jika anda terlalu sakit gigi atau gigi bengkak dan perlu makan ubat, kena laa makan ubat ikut masanya. Sekarang ada ubat antibiotik yang boleh makan sekali sehari ataupun 2 kali sehari jadi anda boleh berpuasa walaupun makan ubat antibiotik. Cuma jika gigi anda sakit, dan memerlukan anda makan ubat tahan sakit 3 kali sehari, jadi tak boleh laa anda berpuasa.

Jadi di harap, segala kekeliruan tentang membuat rawatan gigi di dalam bulan puasa dapat difahami. Islam itu adalah agama yang tidak membebankan pengikutnya. Islam itu agama yang sangat bersih dan yang amat mementingkan kebersihan dan juga kesihatan. Janganlah disebabkan puasa, kita membiarkan gigi kita tidak digosok sehingga menimbulkan bau mulut yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Jangan disebabkan puasa kita meludah merata-rata. Janganlah disebabkan puasa kita menanggung sakit gigi yang teramat.
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada warga pembaca semua..:)

info : http://drleen.wordpress.com/2011/07/25/rawatan-gigi-di-bulan-puasa

Wednesday, 20 June 2012

Hantu Doyan

Kali ni aku nak cerita pasal Hantu...bunyik mcm seram sejuk je kan,.tapi hantu ni lain skit..Hantu Durian..kehkeh..sape tak suke durian angkat kaki skg! boleh termuntah dorang baca cite aku ni kang..skg dah tiba musim durian..aku yg hantu durian ni tak lena duduk la pasal hidung ni asyik bau durian je..kat umah bau durian, opis bau durian...tak boleh jadi nih! dah 2,3 hari aku ngadu kat en. suami nak makan durian..balik keje en. suami bawa aku pg beli durian kat tp jalan dekat LRT Bandar Tun Razak dkt umah aku je.tersengih2 la aku dpt mkn durian.harga sekilo 5 henggit je! murah beb! aku beli la 2 biji yg sederhana size nye..isinye tebal n kuning..tula durian yg aku idam2 kan..tapi tak tau plak nama apa..aku tau mkan je..hihikk..sampai je rumah en. suami plak yg mendahului aku..dia dah siap2 dah kopek durian tu..kami pun makan la dgn lahapnye...seronok la hantu2 durian tu bile dah dpt makan durian..sampai sayang nak basuh tangan..teruk betul kan..kihkihh!


Tuesday, 19 June 2012

Honeymoon Bali


Cerita ni dah lama basi tapi aku nak story jgk kat sini ttg pengalaman aku berbulan madu di Bali pada April 2011..pertama kali nak pg negara org..emm cuak jgk kan..sebenarnye aku dpt hadiah cabutan bertuah drpd Karangkraf..wah! bertuahnye hidup ni..sblm ni kalau aku masuk cabutan bertuah pun aku tak suspek pon akan dpt..mungkin rezeki pengantin baru kot..alhamdulillah...thanks god!

Dah ada org sponser kalau tak pg rugi plak kan..lagipun mmg impian aku nak berbulan madu di Bali..emm mcm tau2 je kan.hehe. Kami dpt pakej  penginapan bulan madu 3H2M di The Westin Resort & Spa Nusa Dua Bali..bagi aku resort tu mmg bes, bilik dia tip top, layanan yg ramah mesra..kalau ada peluang aku nak pg lagi resort ni.. http://www.westinnusaduabali.com/

Kami pun berangkat la pada 7 April 2011..perjalanan ambil masa 2jam setengah mengikut laluan udara..dlm flight aku asyik tido je..sedar2 aku dah melalui kepulauan Bali.nampak la kt bawah tu laut yg cantik..kami sampai di Airport Denpasar, Bali pkul 2.30 ptg..agak kecik & crowded airport Denpasar berbeza dgn airport LCCT yg agak luas..Kami disambut oleh pak supir & terus menuju ke Westin Resort. Sampai kat sana masa nak check in kami kena bayar deposit 1 juta rupiah. Terkejut en. suami bile dgr angka duit tu byk sgt..kiraan duit m'sia lbih kurang RM350 je. Kira punye kira sampai pening kepala terlalu byk nombor, last kami minta tolong dgn receptionist tu utk kira duit 1 juta tu..kekehkeh..

Kami berehat je dlm bilik..sbb bilik cantik gile kan..sayang pulak nak keluar dari bilik...rasa tak cukup je stay 2 malam sbb katil dia empuk gile rasa tak nak bangun dari katil. Keesokkan hari lps breakfast kami telefon teksi utk keluar bersiar2 di Pekan Kuta..Pekan kuta agak kecil n crowded..kat situ la laluan kereta, motor, tuk-tuk, kuda semua ada..agak pening aku tgk..



Bilik air yg luas..boleh tido dalam ni...


releks2 tepi pantai...
seri pengantin baru..tak la baru sgt masa ni dah 5 bln kawin..


 Bandar Kuta yg crowded