Tuesday, 4 June 2013

Pengalaman buat HSG xray

Alhamdulillah.. akhirnya aku dah lepas buat HSG x-ray pada 22/5/13 di Hospital Tawakal. Temujanji aku pada pkul 9.30pg. sampai saja di hospital aku buat pendaftaran n tunjuk surat dari LPPKN. Selepas 10 minit aku menunggu nama aku dipanggil utk masuk ke bilik x-ray. masa tu aku dah mula cuak n seram sejuk tp cube berlagak cool aku buat2 borak dgn juru xray tu..hehe. dia jelaskan prosedur yg aku akn buat sebentar nt n mintak aku sign borang hospital. then dia suh aku salin pakaian hospital dan suh baring atas meja x-ray tu..sambil aku baring tu dia ambil gambar perut aku..aku cube tgk kat screen gambar yg dia dah ambil tu tp tak paham apa benda..hehee

Tak lama kemudian doktor datang masuk sapa aku n aku cube berlagak cool lagi..tp jantung aku dah dupdap masa tu..apa la dia nak buat dgn aku jap lagi ni..dia keluarkan alat2 semua tu..aku mls nak tgk rupa alat tu buat aku bertambah takut..aku pandang kt siling je..dia suh aku kangkang..maluu beb.nasib baik doktor n juru xray tu perempuan. fuhh! kalau jantan mau aku terajang doktor tu..dan dia mula masuk alat utk buka laluan.masa tu aku dah cuak gilee n rasa sakit..kemudian dia masuk cecair dye tu rasa sejuk2 je kt perut..doktor xray lagi sekali perut aku nak tgk laluan dye tu dlm uterus aku. lepas 5 minit dia keluarkan semua alat2 tu...aku tak tau knapa bdn aku ketar2.doktor tnye aku sakit ke sejuk? aku jawab sejuk..hehe..aku rasa pasal aku cuak sgt kot n tambah plak sakit..kejap je lps 10 minit dah settle..lepas dah siap buat tu tak rasa apa2 dh..blh bgun jalan mcm biasa..cuma rasa senak skit kt perut..then nurse tu bg pad kt aku sbb lepas buat tu ada keluar darah..dalam 3 hari jgk la darah tu keluar..mcm darah period tp tak byk la..

Pukul 11 pg aku dah settle, buat bayaran RM180 kt kaunter n aku dpt x-ray film tu utk bawa ke LPPKN. period bulan dpn aku kena dtg bawa keputusan x ray ni n doktor kt sana akan terangkan kt aku..nasib baik somi temankan aku masa tu...lepas tu somi aku ajak pg times square..bile dah shopping hilang semua rasa sakit..hahaaa dasar perempuan kann..malam tu nak tido perut aku rasa sakit2 mcm nk period..dkt 3 hari jgk la rasa camtu lepas tu ok je..so korang yg plan nak buat tak payah la takut sbb sakit n tak sakit tu berbeza atas individu...kalau nak zuriat kena la berkorban sikit kan...insyallah ada rezeki utk jadi ibu suatu hari nanti...chaiyokk!!


Wednesday, 15 May 2013

Hidup dan Mati Sperma

Selepas ejakulasi, sperma terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat sekiranya air mani menjadi kering.

Di dalam faraj wanita, kebanyakan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5-6 hari.
Jadi sekiranya anda  bersetubuh lima hari sebelumnya, anda masih boleh boleh hamil sekiranya anda mengalami ovulasi hari ini. Walaubagaimanapun, kadar kematian sperma menjadi lebih cepat mati sekiranya vagina lebih berasid.

Sperma yang diproses dan disenggarakan di bawah keadaan makmal yang ketat dan dalam medium nutrien yang optimum seperti yang dilakukan untuk prosedur IVF, boleh kekal hidup sehingga tujuh hari.

Sampel sperma yang diambil ke dalam bekas steril boleh kekal hidup selama sehingga 2 jam, tetapi keupayaan mereka untuk bersenyawa dengan telur jatuh secara mendadak selepas 60 minit.

Untuk memaksima peluang persenyawaan diantara telur dan sperma, bersetubuhlah semasa ovulasi disahkan dengan tepat iaitu mengunakan alat seperti OVULASI KIT. Sekiranya terdapat dua jalur yang terang, ovulasi akan terjadi dalam masa 24 jam. Pada masa ini anda dalam keadaan paling subur dan peluang hamil akan menjadi tinggi.

Terdapat kajian perubatan yang menunjukkan memakan asid folik dan Zinc boleh membantu meninggikan kadar kesihatan dan bilangan sperma.


http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/merancang-untuk-hamil/238-hidup-dan-mati-sperma.html

Artikel Kehamilan - Ujian-ujian infertiliti


Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.

 

Sejarah kesihatan dan pemeriksaan

Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda.
Doktor selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan, berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau pernah mendapat apap penyakit perubatan atau jangkitan kuman.
Soalan untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.
Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis jangkitan kuman yang anda anda.

 

Ujian-ujian yang sering dilakukan

Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:

Hysterosalpingogram (HSG)
Ujian ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye) akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran tidak tersumbat.

Hari ke 3 LH/FSH
Ujian darah ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca utama mengapa wanita tidak bertelur.

Ujian Progesterone
Untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami ovulasi.

Analisa Air Mani
Ujian ini perlu untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian dijalankan.

Ujian Ultra-bunyi Pelvis
Untuk melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.
 
Ujian Laparoscopi
Jika terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia tersumbat atau tidak.

Hysteroscopi
Jika HSG menunjukan terdapat ketidaknormalan didalam rahim, wanita mungkin disarankan untuk menjalani ujian hysteroscopy.Hysteroscopy adalah satu prosedur dimana satu alat kecil yang bersambung dengan camera akan dimasukkan kedalam rahim dan keadaan dalam rahim boleh dilihat dengan jelas. Ia boleh mengesan sebarang polip, fibroid dan dan ketumbuhan lain.

Ujian darah untuk prolaktin dan tiroid
Sekiranya ada mengalami haid yang sangat tidak teratur atau tiada haid langsung, anda mungkin mempunyai masalah tiroid yang hiperaktif atau prolaktin yang berlebihan. Ujian darah dengan senang dapat mengesan penyakit ini.


Ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/95-ujian-ujian-infertiliti.html 


Monday, 13 May 2013

Rawatan Kesuburan (part 1)

Assalamualaikum...

Aku nak story skit pengalaman aku buat rawatan kesuburan di LPPKN.. temujanji pada pkul 8.00pg..kami tak sempat nak brekfast terus je ke sana..memandangkan arini ari isnin jalan mmg jem giler aku plan naik motor je dari bandar tun razak. cilok punye cilok aku sampai di bangunan LPPKN jln raja laut jam 8.30pg. kalau naik keta mungkin tak sampai2 lagi..smpai je kami terus park motor kt Hotel Quality yg bsebelahan dgn bangunan LPPKN..n kami terus naik lif ke tingkat 6 (Klinik Rawatan Kesuburan).

Bagi yg fes time dtg mcm aku ni dikira kes baru..macam biasa la buat pendaftaran n buka fail semua tu. masa buat pendaftaran tu aku dpt doktor lelaki melayu, nasib baik somi aku perasan masa nurse tulis kt kad tu terus somi aku mintak tukar dgn doktor perempuan..sblm ni somi aku dh ckp kalau boleh dia nak aku berurusan dgn doktor perempuan..tp nurse tu ckp doktor perempuan tu selalu bz n jarang ada kt situ...ssh skit la kalau aku nak buat temujanji dgn dia nt..tp somi aku nak jugak doktor perempuan, so kami dpt tukar dgn Dr.Hamizah. Yeayy sukee! kalau doktor perempuan takde la segan nt nak cek2 perut semua tu kan..sbnarnye somi aku tu jeles dgn doktor lelaki....hihii.

Sambil aku tunggu nama aku dipanggil utk interview, somi aku naik ke tingkat 7 buat urusan dia (keluarkan air mani) untuk diuji..dalam setengah jam jgk la somi aku dlm bilik tu..hihii sian dia..nurse ada ckp kalau somi tak dpt keluarkan blh pgl isteri..tp aku tau somi aku gigih.. caiyokk! hihihi =)
Nama aku dipanggil nurse utk amik tekanan darah, berat n ketinggian. lepas tu dia interview aku tanya berapa kerap bersama dgn somi, ada rasa sakit tak bile bersama dan bla..bla semua tu..dah settle interview dia pgl somi aku plak..tak tau la dia tnye soalan apa pda somi aku..somi aku tak cite plak kt aku.lepas tu dia suh kami pg rehat dlm 2 jam smbil tunggu ujian air mani keluar. kami sempat pg makan n jln2 kt pertama kompleks. shopping mall pon baru nak buka time tu..

Dah abis 2 jam waktu rehat kami naik balik tingkt 6, tak lama kemudian nama kami dipanggil utk beritahu keputusan air mani somi aku...jeng..jeng.....
Alhamdulillah semuanya okeey..Normal takde masalah pada somi aku..bilangan n keaktifan sperma semua ckup.aku nak tergelak bile nurse tu ckp sperma somi aku ada kepala n ekor.. aku dah terbayang berudu..hahaaa.. Memandangkan arini adalah hari period aku yg ke2 n keputusan sperma somi aku normal, nurse terus amik darah aku n somi utk buat ujian..ujian darah ni diambil masa period ke 2-5. so tak perlu la aku dtg sekali lagi utk amik darah...aku dah bajet2 dah time period aku tu...kalau period korang teratur sng la nak bajet..tp klau period yg tak tentu tu yg susah skit nak agak..

Nurse btau aku next step aku kena buat HSG x-ray,.kena masuk cecair dye dari miss v n flush. cecair tu akan buka laluan n cuci keladak2 dlm rahim kita tu...step ni semua org takut nak buat termasuk la aku..sbb ramai yg ckp sakitttt..huhu. nurse tu cadangkan aku buat HSG di Hospital Tawakal kerana kosnye lbh murah RM180 dan di sana mmg doktor perempuan yg akan buat x-ray tu nanti...aku suke sgt! Nurse tu ckp kalau buat di Tawakal ada dpt ujian X-ray..tmpat lain mcm di HUKM tak bagi bawa keluar keputusan x-ray tu..ada yg cite buat di hospital lain dpt doktor lelaki..maluuu siot nak kangkang depan doktor tu..huhuhua...balik je terus aku call Tawakal utk buat temujanji tu..

Ok, untuk pertama kali dtg ni kosnye RM210 termasuk pendaftaran, ujian air mani, ujian darah somi isteri n ujian HIV somi n interview. lepas ni aku kena dtg lagi pada 3/6/2013 masa period ke-21 utk ujian darah kali ke2.. nak cek hormon FSH, LH sekali lagi..somi tak perlu dtg pon takpe.tapi somi aku baik hati nak temankan...sbb aku mmg tak berani nak pg mana2 sorg diri..huhu.. Kami settle semua pada pkul 12.00tgh..kami org yg ke3 last dlm klinik tu yg lain seme dah balik. dan arini kami hanya berurusan dgn nurse sahaja tak jumpe lagi doktor..cik adik manis ni tak sabar nak berkenalan dgn Dr. Hamizah..hehee =)

Pada minggu depan hari Rabu 22/5/2013 aku akan buat HSG x-ray di Hospital Tawakal. Doakan aku n mintak2 la semuanye berjalan dgn baik...huhuhuh takutttnyee buat tak lena tido mlm ni..

Nantikan entri aku yg seterusnye ye. Jika korang ada pengalamanyg sama mcm aku boleh la kongsi cerita bersama..Terima kasih kerana sudi mbaca kisah aku yg tak seberapa,...salam perkenalan dari aku =)


Saturday, 11 May 2013

Rawatan kesuburan di LPPKN

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak menulis dlm blog ni..memandang lusa aku akan pg buat rawatan kesuburan so aku mula la mencari info2 ttg rawatan ni.. Sebenarnya aku dah lama plan nak buat tp somi aku asyik sibuk je dgn keje so aku tangguh la dlu smpai la dia sendiri yg ajak aku buat rawatan ni. Selama aku kawin dah 2 tahun 6 bulan ni aku x pernah lekat lagi dan aku takde masalah period. period aku ok n teratur je tiap2 bulan..emmm..tak tau la di mana silapnya. aku anggap mungkin Allah belum bg rezeki anak utk aku n somi lagi..

Selepas cari info2 n baca pengalaman org lain buat rawatan aku memilih utk buat rawatan kesuburan di LPPKN.. 2 minggu sebelum tu aku call dlu utk buat temujanji takut tarikh yg aku nak tu dah full..so aku pilih 13.5.13 hari isnin sbb somi aku off day pada hari tu. sng nak buat urusan separuh hari tu sbb tak bg mc katanye. aku pilih tarikh tu sbb aku dah bajet2 aku akan period pada 9-11hb so aku plan buat rawatan pada 13hb..katanya doktor akan amik darah isteri pada period ke 2-5. so aku xnak dtg ke sana 2,3 kali..semasa aku call tu aku diberitahu jgn bersama dgn suami dlm tempoh 3-5 hari sebelum tarikh temujanji tu sbb nak ambil air mani somi...Opps! nasib baik somi aku ingtkan aku kalau tak aku dah terbabas haritu..hahaaa! siap dipesan utk bawa towel sbb kt sana ada bilik mandi...mungkin utk para somi mandi wajib kot..kehkehh..aku dah tak sbar nak pg LPPKN, dah lama aku tunggu saat ni.. so nantikan entri lepas aku dah buat rawatan ye... =)

Alamat : Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut Peti Surat 10416, 50712 Kuala Lumpur.  
No. Telefon : 03-2693 7555 ext: 1213