Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat
pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa
ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang
doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.
Sejarah kesihatan dan pemeriksaan
Sebelum
sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang
sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama
terhadap sistem peranakan anda.

Doktor
selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan,
berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa
hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak
mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau
pernah mendapat apap penyakit perubatan atau jangkitan kuman.
Soalan
untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit
beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.
Pemeriksaan
yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam
keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat
tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang
berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis
jangkitan kuman yang anda anda.
Ujian-ujian yang sering dilakukan
Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:
Hysterosalpingogram (HSG)
Ujian
ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur
peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan
seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama
spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye)
akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray
akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa
samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair
tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran
tidak tersumbat.
Hari ke 3 LH/FSH
Ujian darah
ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan
didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan
hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon
penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam
rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca
utama mengapa wanita tidak bertelur.
Ujian Progesterone
Untuk
mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari
ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi
tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa
hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami
ovulasi.
Analisa Air Mani
Ujian ini perlu
untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting
untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian
dijalankan.
Ujian Ultra-bunyi Pelvis
Untuk
melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan
menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.
Ujian Laparoscopi
Jika
terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan
menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan
bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat
sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera
akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa
sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik
sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia
tersumbat atau tidak.
Hysteroscopi
Jika HSG
menunjukan terdapat ketidaknormalan didalam rahim, wanita mungkin
disarankan untuk menjalani ujian hysteroscopy.Hysteroscopy adalah satu
prosedur dimana satu alat kecil yang bersambung dengan camera akan
dimasukkan kedalam rahim dan keadaan dalam rahim boleh dilihat dengan
jelas. Ia boleh mengesan sebarang polip, fibroid dan dan ketumbuhan
lain.
Ujian darah untuk prolaktin dan tiroid
Sekiranya
ada mengalami haid yang sangat tidak teratur atau tiada haid langsung,
anda mungkin mempunyai masalah tiroid yang hiperaktif atau prolaktin
yang berlebihan. Ujian darah dengan senang dapat mengesan penyakit ini.
Ditulis oleh Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah
http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/95-ujian-ujian-infertiliti.html