Alhamdulillah.. akhirnya aku dah lepas buat HSG x-ray pada 22/5/13 di Hospital Tawakal. Temujanji aku pada pkul 9.30pg. sampai saja di hospital aku buat pendaftaran n tunjuk surat dari LPPKN. Selepas 10 minit aku menunggu nama aku dipanggil utk masuk ke bilik x-ray. masa tu aku dah mula cuak n seram sejuk tp cube berlagak cool aku buat2 borak dgn juru xray tu..hehe. dia jelaskan prosedur yg aku akn buat sebentar nt n mintak aku sign borang hospital. then dia suh aku salin pakaian hospital dan suh baring atas meja x-ray tu..sambil aku baring tu dia ambil gambar perut aku..aku cube tgk kat screen gambar yg dia dah ambil tu tp tak paham apa benda..hehee
Tak lama kemudian doktor datang masuk sapa aku n aku cube berlagak cool lagi..tp jantung aku dah dupdap masa tu..apa la dia nak buat dgn aku jap lagi ni..dia keluarkan alat2 semua tu..aku mls nak tgk rupa alat tu buat aku bertambah takut..aku pandang kt siling je..dia suh aku kangkang..maluu beb.nasib baik doktor n juru xray tu perempuan. fuhh! kalau jantan mau aku terajang doktor tu..dan dia mula masuk alat utk buka laluan.masa tu aku dah cuak gilee n rasa sakit..kemudian dia masuk cecair dye tu rasa sejuk2 je kt perut..doktor xray lagi sekali perut aku nak tgk laluan dye tu dlm uterus aku. lepas 5 minit dia keluarkan semua alat2 tu...aku tak tau knapa bdn aku ketar2.doktor tnye aku sakit ke sejuk? aku jawab sejuk..hehe..aku rasa pasal aku cuak sgt kot n tambah plak sakit..kejap je lps 10 minit dah settle..lepas dah siap buat tu tak rasa apa2 dh..blh bgun jalan mcm biasa..cuma rasa senak skit kt perut..then nurse tu bg pad kt aku sbb lepas buat tu ada keluar darah..dalam 3 hari jgk la darah tu keluar..mcm darah period tp tak byk la..
Pukul 11 pg aku dah settle, buat bayaran RM180 kt kaunter n aku dpt x-ray film tu utk bawa ke LPPKN. period bulan dpn aku kena dtg bawa keputusan x ray ni n doktor kt sana akan terangkan kt aku..nasib baik somi temankan aku masa tu...lepas tu somi aku ajak pg times square..bile dah shopping hilang semua rasa sakit..hahaaa dasar perempuan kann..malam tu nak tido perut aku rasa sakit2 mcm nk period..dkt 3 hari jgk la rasa camtu lepas tu ok je..so korang yg plan nak buat tak payah la takut sbb sakit n tak sakit tu berbeza atas individu...kalau nak zuriat kena la berkorban sikit kan...insyallah ada rezeki utk jadi ibu suatu hari nanti...chaiyokk!!
Ala..nak tau ap jd next..huhu..sbb mmg nk buat ujian kesuburan..ngh research tjmpa blog awk..menarik..
ReplyDeleteterbaik...
ReplyDeleteha ah nk tau ape lg yg terjadi selepas ujian hsg x-ray ni..
ReplyDelete