![]() |
Gunung Kinabalu view dari Kinabalu Pine Resort |
Selepas check out pukul 11pg kami terus menuju ke Pekan Ranau yg tak jauh dari Kundasang ambil masa dalam 30 minit je. Tempat menarik yg ada di Ranau seperti Fish Spa Sg. Moroli di Kg. Luanti, Poring Hot Spring dan air terjun Kipungit. Kami sempat pg Fish Spa tu je main2 dengan ikan. Nak masuk ke tempat tu kena bayar RM5 sorang dan kamera RM3 untuk setiap group. Kat sini tak boleh mandi. Masa yg diberi ialah 15 minit sahaja utk main2 dengan ikan tu. kejap sgt so kena la cpt2 amik gambar. kat kaunter tu ade jual makanan ikan, blh la beli nak bg ikan2 tu mkn. kalau takde makanan ikan tu tak nak dtg kat kaki. Aku tak tau la jenis ikan apa tp ikan kt situ besar2 gile. takut n geli pon ade jgk. nak biar ikan tu mengigit kaki, sempat aku menjerit dan lari dulu..hihihi penakut!
![]() |
lapar betul ikan2 ni.. |
![]() |
ikan tu lagi besar dari tapak kaki suami aku |
Sebelum begerak ke KK kami sempat ronda2 pekan Ranau dan makan tengahari
kat situ. Kemudian kami singgah di Kinabalu Park, tiket masuk RM3
sorang boleh masuk dengan kereta. Pada waktu tu dah pukul 3ptg hari pun
mcm nak hujan tp suami aku nak jugak naik keatas sampai ke kaki bukit
pun jadi la. Masa tu jalan pun dah berkabus. best sejuk dan nyaman jer..
Dalam perjalanan nak ke KK kami sempat singgah solat kt masjid Pekan Tamparuli. Masjid ni dekat dengan jambatan gantung Tamparuli. Time tu dah pukul 5.30ptg kami lalu n babai je kt jambatan sbb kami berkejar masa nak ke Rumah Terbalik yang tak jauh dari situ. Lokasi rumah ni senang nak cari sbb tepi jalan je. Nasib baik kami sempat masuk dalam tu masa ni pelawat dah kurang tinggal 3-4 orang je. Nak masuk kena bayar RM10 sorang. Peraturannye takle ambik gambar kt dalam rumah, hanya boleh bergambar di halaman rumah sahaja. Masa masuk rumah tu kami bertiga ade sorg pakcik join sekali. Kalau masuk ramai2 time tu blh gak aku snap gambar senyap2. Semua benda kt dalam rumah ni dalam keadaan terbalik cuma orang je yg tak terbalik. hehee..
Menurut kisah dongeng yg diceritakan oleh penyambut tetamu tu, alkisah rumah ni jadi tunggang-langgang disebabkan oleh kenakalan anak2 tuan rumah ni. Rekaan dan nilai rumah ni bernilai jutaan ringgit dan ianya hak milik persendirian individu bukan kerajaan negeri sabah yg punye! pandai betul dorang buat bisnes ek..aku rasa mcm rugi je masuk sbb tak dapat tangkap gambar dlm rumah.. huhuu
Seterusnya kami terus bergerak ke bandar KK tak jauh dari tu dalam 30 minit dah sampai. Kat KK kami check in di Hotel Tang Dynasty Park booked kt Booking.com . Hotel ni selesa, bersih, bilik besar katil King, bilik air siap ada bathtub n yang penting ada tempat simpan barang sbb aku nak pergi ke pulau senang aku simpan beg2 aku kt situ. Kadar harga RM96 semalam n kalau nak tambah buffet breakfast RM12 (dewasa) RM6 (kanak-kanak). Bagi aku book hotel kat Booking.com lagi senang daripada Agoda. kenapa aku cakap mcm tu, sbb aku pernah book kat agoda bile nak cancel booking 2 minggu dari tarikh dia akan tolak 50% kalau seminggu sebelum 100%. pastu cerewet nak kena email berurusan bagai. Melalui Booking.com nak cancel booking seminggu sebelum tarikh yg kite book tu takde caj ape2 n nak cancel just tekan cancel booking kt confirmation booking yg dia email tu..setel!
![]() |
ulam hijau ni la sedap sgt..bile makan rasa meletop2 kt dalam mulut. |
Orang kata kalau datang Sabah rugi tak makan seafood. Kami makan malam kt Pasar Filipina tepi sungai berhampiran dengan Warisan Square. Kat sini mcm pasar ikan, sayur n terdapat banyak gerai makan n semuanye berasaskan seafood. Mata aku asyik pandang kat lobster je. Harganya RM18 100g..sekor boleh cecah ratusan ringgit..gulp! boleh tahan mahal, so dapat tgk jela lobster tu.
Kami pilih semua yg fresh dan aku suruh org tu masak sbb aku kurang yakin makanan yg dah siap bakar tu. Aku tak tau la mahal ke murah. Kami amik udang besar masak butterprawn 2 ekor, ketam bakar 2 ekor, ikan kerapu sekor, sotong celup tepung, air kelapa dan ulam, total semuanya RM100. tapi tak abis pun kami makan, byk mcm makan 4 org je. Masakannya ok la boleh kena dengan selera aku. Bagi aku tempat ni kurang bersih dan kebanyakkan org yg meniaga kt sini org Filipina..huhu..tapi disebabkan kami btl2 penat kami makan jela kt sini. Hmm.. yg tak besnye balik dari Sabah aku kena cerybery selama 5 hari huhuu..Demm! so hati2 la nak makan kat sini kena pandai pilih seafood yg btl2 segar.
Bersebelahan Pasar Filipina ada Night Market. Kat situ ade jual barang spt barang hiasan, cenderamata, keychain, gelang mutiara, t-shirt, ikan kering, ikan bilis, keropok amplang, ikan terubuk masin, kopi n teh sabah. harga pun murah dan berpatutan, yg penting kena pandai tawar menawar la.
No comments:
Post a Comment