Pada 7 April 2014 pukul 4.30 pg aku dah bertolak dari rumah menuju ke TBS Salak Selatan. Aku park kereta kt TBS dengan kadar RM 3 sehari. dari TBS ke LCCT aku naik JetBus. Perjalanan makan masa 45minit. korang boleh cek schedules kat web ni. Tiket boleh dibeli di kaunter atau secara online. Penerbangan aku jam 7.30pg dari LCCT ke KKIA makan masa selama 2 jam 40 minit. pada pukul 11pg aku selamat tiba di airport KK. Sampai je kat airport aku ambil kereta sewa. Kereta sewa ni aku dah booking 3 bln awal. Aku sewa kereta Viva je senang kecik dan jimat minyak. Kadar sewa kereta viva RM100 sehari. Aku sewa 2 hari. Lepas dpt kereta terus isi minyak full tank RM60 blh jalan merata2 tempat selama 2 hari tu.. jimat kan!
Sebelum bertolak ke Kundasang isi perut dulu kat airport sbb nak jalan jauh ni. Perjalanan memakan masa 1jam setengah menuju ke Kundasang berpandukan Waze. pandai2 la godek Waze n GPS insyallah korg tak sesat. Sepanjang jalan tu nampak la permandangan kampung dan gunung yg indah n tenang sekali. Pukul 2ptg kami sampai di Kundasang. Pekan Kundasang ni kecik je ada KFC je aku nampak. sempat la beli tapau untuk makan malam nanti. Ke depan sikit lagi sampai la resort aku. Aku check in kat Kinabalu Pine Resort. Resort ni aku booked kat Agoda RM210 semalam termasuk breakfast. Masa book tu aku dah pilih siap2 bilik mengadap gunung sbb aku nak bangun pagi bukak je tingkap nampak Gunung Kinabalu depan mata..cewahh..haha. Aku rasa tak puas duk semalam kat sini dah la sejukk permandangan best plak tu..mmg best giler!
Permandangan sepanjang jalan Kundasang |
Kat Kundasang ni banyak tempat menarik..so first aku nak pg Desa Diary Farm. Tempat ni ala2 mcm ladang lembu kat New Zealand gitu..boleh la feeling2 mcm kt obersi..hahaa. Kami pg dah lewat time tu pkul 4ptg tempat tu tutup pukul 5.30ptg. kalau pg awal sikit boleh merasa susu n aiskrim kt situ, orang ckp sdp fresh milk n aiskrim dia. hmm takpe la xde rezeki. Sempat la aku posing dengan lembu2 yg ade kat situ..puas lembu2 tu nak layan kerenah aku. Dah puas bgambar kami balik ke resort dan berehat. Suhu pd waktu malam mmg sejuk sgt mcm kt Cameron Highland. wajib la bawa baju sejuk. Malam xde aktiviti yg bes nak buat kami melepak jela kt balkoni bilik sambil menikmati KFC dan kopi panas..
Keesokkan pagi tu aku bangun je dari tido pukul 6pg aku terus je bukak tingkap nampak Gunung Kinabalu terpampang depan muka aku..waaaa dah mcm gambar dlm kalendar je. Semalam masa aku datang tak berapa nampak sbb dilitupi kabus tebal..pagi ni mmg jelas bentuk dia tu. Aku cpt2 suh suami aku tangkap gambar sebelum kabus tebal meliputi pmandangan gunung tu. Waktu kt sana awal sejam dari semenanjung, pukul 6pg tu mcm pukul 7pg dah cerah masa tu..ni antara gambar yg sempat diambil dari balkoni bilik.
![]() |
Gambar ni kat Desa Diary Farm..amacam ada gaya mcm kat New Zealand tak? hehe
tempat ni buat aku rasa xnak balik..rasa nyaman je smbil tgk lembu2 makan rumput.
Aku rasa jakun jap tgk lembu2 ni punye la besar..mesti susu dia lemak berkrim =P
Aku rasa jakun jap tgk lembu2 ni punye la besar..mesti susu dia lemak berkrim =P
![]() |
Aku syorkan sgt korang pergi tempat ni mmg tak nyesal. Ok, sampai sini jelah tahap kerajinan aku.. kalau aku rajin nanti aku sambung lagi next entri cuti-cuti sabah part 2..kalau aku rajin la..hehe.
No comments:
Post a Comment