Assalamualaikum..
Hmmmm..maaf la sepi je blog aku ni psl dah lama tak menulis..kalau blog aku ni cheesekek dah lama berkulat. hehe. nasib aku ingat lagi password..macamni la aku kalau dah datang malas tu smpai setahun kemalasan melanda..haha!
Ok lah disebabkan cite psl aku buat HSG x ray tahun lepas tu tergantung.. ade yg tertanye2 ape yg berlaku pd aku lps buat rawatan kesubaran tu. adakah aku berjaya or sebaliknye?? jenggg2..
So aku cite la ape yg aku ingat k..
Cite nye macam ni..lepas aku buat HSG x ray pd bulan May 2013 aku berjumpa dgn gynae aku di LPPKN bawa result xray n lepas dia teliti xray aku dia terangkan pd aku yg aku ada mslh di saluran tiub follopio
belah kanan katanye ade scars tissue kat situ sbb daripada gmbaran x ray tu laluan cecair dye tu tak selancar mcm blh kiri. kemungkinan sbb aku pernah buat operate appendix blh kanan..hmm..aku pun x pasti..doc pon tak terang dgn detail psl ni. Doc ada ckp kalau ade scars tissue di saluran tiub risikonya blh peknen luar rahim..yg ni buat aku takut sgt..huhuuu
Selepas tu doc buat TVS scan melalui faraj nak tgk samada aku ada mslh dalam rahim..satu lagi kejutan buat aku doc bagitau aku ada Endometriosis & ovarian cyst 2.5cm belah kanan. Aku tanye doc ape cara yg terbaik utk aku dpt zuriat. Doc mencadangkan
aku terus buat IUI..tersentap jap aku masa tu sbb aku rasa mcm mslh ni sukar
utk aku peknen secara neutral spt org lain. huhuhu sobsob..
Tanpa bpikir panjang dan tak nak buang masa, aku dan suami bsetuju untuk buat IUI. Doc bagi ubat kesuburan Clomid dan dibekalkan Inject Folliculin 75iu & HuCog 5000..yg ni kena cucuk sdiri kat perut. kalau nak harapkan aku mmg tak terbuat la.huhuu aku ni dah la penakut jarum. nak tak nak suami aku la tlg cucuk. Injection n ubat ni utk bagi telur (ovum) byk n matang supaya bile buat IUI peluang utk hamil tinggi. beberapa hari kemudian aku kena jmpe doc semula untuk cek telur. Alhamdulillah... telur aku matang dan ade 8 biji. doc kata kemungkinan kalau rezeki aku berjaya peknen boleh dapat baby kembar! hati aku dah berbunga2 masa tu tp dalam pada masa yg sama aku takut jgk kalau berlaku peknen luar rahim! huhuu.. 2 hari kemudian aku kena datang buat IUI..oh ye suami isteri tak blh bersama 5 hari sebelum buat IUI. Ok utk kos IUI di LPPKN RM350 + ubat2 RM237.
Pada 28 Jun 2013 aku jalani prosedur IUI.. proses nye simple je..air mani suami di bawa ke lab utk dicuci dan ambil sperma yg betul2 aktif..ade berjuta2 sperma dah bsedia nak bertemu dgn ovum. dalam sejam lps tu turn aku plak masuk buat IUI..aku kena baring atas katil dalam kedudukan punggung tinggi dan doc masukkan satu tiub saluran melalui faraj n injek sperma suami kedalam rahim..dalam 20 minit dah setel. doc suruh aku baring selama 15 minit baru blh bangun dan bjalan. aku dbekalkan ubat Duphaston utk kuatkan rahim dan elak keguguran. Doc kata bln depan kalau period aku tak datang bermaksud aku berjaya peknen la tu.
Next period aku ternanti2 dan berharap period aku tak datang la. Aku berdoa dan terus berdoa mengharapkan satu keajaiban berlaku pada aku. Tapi akhirnya...aku period mcm biasa..huhuu sobsob..sedih tak payah cakap la masa tu aku kuatkan semangat yakin pada kuasa Allah. Aku redha dan tak berputus asa. Sesunguhnya Dia Maha Mengetahui setiap perkara yg berlaku dan aku percaya perancangan yg terbaik adalah dariNYa. Lepas tu aku cuba kaedah rawatan tradisional dan perubatan islam, pegi berurut dan mencuba pelbagai produk2 kesuburan....Tahun ni dah masuk tahun ke4 perkahwinan kami. Aku berharap tahun hadapan akan ada sinar baru dlm keluarga kami dan aku tau ramai lagi org senasib mcm aku kt luar sana. Kalau korang ada baca ruangan ni doakan supaya aku berjaya hamil ye..aku dulukan dengan ucapkan terima kasih kerana sudi baca blog aku..
Salam perkenalan dari aku. Wassalam.
InsyaAllah...semoga Allah mengurniakan zuriat pada kite...amin.....sy pon masih menanti kehadiran sikecil ini....
ReplyDeleteInsyaallah...mudahan ade rezeki
ReplyDeleteInsyaallah...mudahan ade rezeki
ReplyDeleteInshaAllah,smoga ada rzki utk saudari
ReplyDeletesalam sis, buat rawatan kesuburan kat lppkn mne?semua lppkn blh buat x rawatan nie?
ReplyDeleteInsha allah puan.. Da rezeki nnti.. Allah maha mengetahui
ReplyDelete